Tuesday, May 4, 2010

Hari Bertemu Pelanggan di Pengkalan Nelayan Sarang Buaya






First attempt for Mini Hari Bertemu Pelanggan
2 Mei 2010, Pusat Pengisytiharan LKIM Sarang Buaya

It was held at Pengkalan nelayan Sarang Buaya. Sebenarnya, pengkalan Sarang Buaya terletak di bawah pentadbiran Persatuan Nelayan Batu Pahat. Walaubagaimanapun, ada di kalangan nelayan yang mendaftar sebagai ahli Persatuan Nelayan Kawasan Muar. Cadangan untuk bergabung bersama Persatuan Nelayan Kawasan Batu Pahat tidak kesampaian memandangkan majoriti kakitangan PNK Batu Pahat terlibat dengan pemilihan sukan di LKIM negeri Johor.

Pada hari tersebut, kira-kira 30 nelayan hadir untuk menyelesaikan masalah mereka di antaranya mengenai Elaun Sarahidup Nelayan, Dana nelayan, Keahlian, Subsidi Diesel dan Petrol dan ada juga yang datang untuk bertanyakan beberapa soalan berkaitan PNK Muar.

Mini Hari Bertemu Pelanggan pada kali ini dihadiri 4 kakitangan PNK Muar iaitu:-

  • Puan Malisha Ashida Binti Mohamad
  • Encik Mohd. Zin Bin Ali
  • Encik Mohd. Fazlan Bin Abdullah
  • Encik Iskandar Zulkarnain Bin Saridin
Untuk kali pertama, kami merasakan program seperti ini banyak membantu nelayan yang kebanyakannya sukar untuk hadir ke pejabat PNK Muar memandangkan faktor masa dan pekerjaan mereka yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, kami merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperkemaskan lagi demi memperbaiki perkhidmatan kami kepada masyarakat nelayan daerah Muar.

Sekiranya anda mempunyai pandangan untuk membantu kami meningkatkan mutu perkhidmatan, sila e mail kami di PNKMUARJOHOR@GMAIL.COM

3 ulasan:

khatulistiwa said...

wow semakin canggih dah sofisikated haha bagus2 ader penambahbaikan haha

khatulistiwa said...

barang siapa yang tidak menyokong dan menjadi follower blog ni nescaya markah mereka akan di tolak hahaha

Persatuan Nelayan Kawasan Muar said...

muahahahha....sangat brilliant!

Post a Comment