Sunday, May 30, 2010

KUNITA Tanjung Gading





KUNITA Tanjung Gading adalah KUNITA yang paling maju bernaung di bawah PNK Muar. Diketuai oleh Puan Normala, aktiviti mereka ialah menjual kuih-muih tradisional. Tempahan yang diterima agak banyak dan ada juga tempahan dari luar daerah Muar/ Ledang.

Bangunan yang dibina oleh LKIM ini terletak bersebelahan rumah Ketua KUNITA ini dan ianya dilengkapi barang-barang keperluan untuk membuat kuih. PNK Muar sedaya yang mungkin membantu bukan sahaja KUNITA Tanjung Gading malah, beberapa KUNITA lain yang berkeinginan untuk maju.

PNK Muar ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Mohd. Zin Bin Ali yang bertungkus lumus menghidupkan KUNITA PNK Muar dan membantu seluruh ahlinya meningkatkan pendapatan isi rumah.

0 ulasan:

Post a Comment