Sunday, May 30, 2010

Mini MAHA di Segamat

Program Mini MAHA di Segamat yang diadakan pada 28-30 Mei di Segamat, Johor boleh dikatakan meriah. Majlis perasmian juga disempurnakan oleh Menteri Pertanian, Yang Berhormat Dato' Noh Omar yang amat proaktif, peka dan prihatin dengan apa jua yang berkaitan dengan bidang berkenaan petani, penternak dan nelayan.


Di booth LKIM, ada pelbagai pameran. Walaubagaimanapun, pameran pada kali ini lebih kepada ternakan kupang dan juga KUNITA (Kumpulan Wanita Nelayan). Turut diadakan demo masakan oleh staff wanita dari LKIM Negeri Johor. Menu yang disediakan untuk para pelawat adalah berasaskan kupang dengan kuah lada hitam dan masam manis.


Mini MAHA pada kali ini juga di ceriakan lagi dengan kehadiran Dato' Ketua Pengarah LKIM, Dato' Mustafa Haji Ahmad yang juga begitu mengambil berat dengan kedudukan jeti nelayan Sarang Buaya. Selepas perasmian, Dato' Ketua Pengarah LKIM diiringi oleh Pengarah LKIM Negeri Johor dan juga Pengurus PNK Muar bergegas ke jeti tersebut di Muar.


PNK Muar amat menghargai keprihatinan Dato' KP yang sanggup berkorban masa dan menempuh perjalanan yang agak jauh dari Segamat ke Muar semata-mata ingin melihat sendiri masalah di jeti tersebut. Pada lawatan tersebut juga, Dato' KP sempat berbual dan berbincang dengan beberapa orang nelayan yang ada di pengkalan pada ketika itu.Insyaallah, jika tiada aral melintang, Jeti Sarang Buaya bakal di perbaharui dengan struktur yang lebih baik dan selesa. Walaupun pengguna jeti tersebut majoritinya terdiri dari ahli Persatuan Nelayan Kawasan Batu Pahat, Persatuan Nelayan Kawasan Muar mengambil keputusan untuk tetap membantu nelayan-nelayan ini memandangkan jeti ini masih berada di dalam parlimen Yang Berhormat Dato' Razali Ibrahim.Selesai melawat, kami singgah di gerai asam pedas di hadapan Pusat Pengisytiharan Pendaratan Ikan Sarang Buaya untuk menikmati makan tengah hari walaupun pada ketika itu, jam telah menunjukkan pukul 4 petang.


Pada lawatan kali ini, Dato' Kp mengarahkan agar satu perbincangan persepakatan diadakan bagi mendapatkan satu keputusan kebersamaan bagi menjalankan pembinaan jeti. Beliau juga memaklumkan bahawa pembinaan bakal menimbulkan beberapa masalah kecil seperti pemilik vesel terpaksa menambat sampan di kawasan yang agak jauh dari tempat biasa memandangkan ketika pembinaan, kawasan yang berdekatan perlu dikosongkan bagi meletakkan jentera dan bahan keperluan pembinaan. Beliau juga amat berharap agar isu ini dianggap selesai.

0 ulasan:

Post a Comment