Sunday, November 25, 2012

Bot Berhias

Sempena Perisyiharan Bandar Maharani Bandar DiRaja, LKIM Negeri Johor diminta untuk menyertai perarakan bot berhias. Memandangkan perarakan tersebut berlansung di Muar, maka Persatuan Nelayan Kawasan Muar berbesar hati membantu persiapan bot berhias tersebut. 

Bot ini diberi nama "Samudera Maharani". Beberapa senarai nama disediakan, kemudian yang terbaik menjadi pilihan Pengarah LKIM Negeri. Banyak pengalaman yang ingin dikongsikan bersama, namun perlu tunggu suatu masa yang sesuai untuk memuat naik gambar-gambar yang sempat diambil ketika perarakan tersebut berlansung. 

Bagi pihak PNK Muar, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung ketika persiapan dan perarakan tersebut berlansung.