Sunday, February 2, 2020



D Sarang PNK Muar

Thursday, November 28, 2013

To anyone who wish to know our recent activities, everything updated via facebook.
 Found us PNK Muar at facebook. 
Thank you. 

Sunday, November 25, 2012

Bot Berhias

Sempena Perisyiharan Bandar Maharani Bandar DiRaja, LKIM Negeri Johor diminta untuk menyertai perarakan bot berhias. Memandangkan perarakan tersebut berlansung di Muar, maka Persatuan Nelayan Kawasan Muar berbesar hati membantu persiapan bot berhias tersebut. 

Bot ini diberi nama "Samudera Maharani". Beberapa senarai nama disediakan, kemudian yang terbaik menjadi pilihan Pengarah LKIM Negeri. Banyak pengalaman yang ingin dikongsikan bersama, namun perlu tunggu suatu masa yang sesuai untuk memuat naik gambar-gambar yang sempat diambil ketika perarakan tersebut berlansung. 

Bagi pihak PNK Muar, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung ketika persiapan dan perarakan tersebut berlansung.


Tuesday, October 23, 2012

Majlis Penyampaian Elaun Sarahidup Nelayan secara tunai PNK Muar Oktober 2012 -Part 2

Yang Bahagia Datuk Mohd Ismail Bin Mohd Shah menggantikan  Yang Berhormat Dato Razali Ibrahim yang ketika ini sedang mengerjakan ibadat haji

The press

Ucapan oleh Puan Hajah Khaironnesak Omar, Timbalan Pengarah LKIM Negeri Johor

Ucapan oleh Yang Bahagia Datuk Mohd Ismail Bin Mohd Shah, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor

Penyampaian cenderahati

Encik Azhar Hashim dan Puan Norliza Saron kakitangan LKIM Negeri Johor


Majlis penyampaian bermula

kakitangan dan ALP yang sentiasa bekerjasama



Akhir kata, PNK Muar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak ketika majlis ini berlansung. Semoga kerjasama yang erat terjalin hingga keakhirnya.

Majlis Penyampaian Elaun Sarahidup Nelayan secara tunai PNK Muar Oktober 2012 -Part 1

Pendaftaran bermula jam 1.30 pm
Macho. ELEGANT. Macho

Ketibaan Yang Bahagia Dato Hj Zulkhairi Ahmad


The crowd on that day supposed to be 609.

Yang Berbahagia Dato Haji Zulkhairi Ahmad ketika menyampaikan ceramah.
Ceramah beliau memukau ratusan nelayan, menjadikan mereka mendengar dengan tekun.

Timbalan Pengarah LKIM Negeri Johor dan Pen. Juruaudit
Nelayan yang khusyuk mendengar
Ceramah yang menarik disampaikan oleh penceramah yang petah.


Everyone was paying attention.
impressive!


We need to separate this entry into 2 part since we have a lot of pic to share. Jika dibandingkan dengan kesemua majlis ESHN yang dijalankan secara tunai di PNK Muar, the latest was the best even though we organized this event at Classic Ballroom. And for me, sebagai salah seorang organizer yang sentiasa memerhatikan disiplin para nelayan merasakan ketika ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato, nelayan kelihatan seperti terpukau dan tiada suara-suara bising dan suasana bosan ditunjukkan pada ketika itu. WELL, THAT'S IMPRESSIVE! Tahniah kepada barisan ALP yang mampu mendisiplinkan ahli. Terutama kepada pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar.

to be continue to Part 2

Friday, September 14, 2012

Sambutan hari lahir Pengerusi PNK Muar

Hari Lahir Pengerusi PNK Muar jatuh pada 13 September. Walaubagaimanapun, sambutan tidak dapat diadakan pada hari tersebut memandangkan PNK Muar mengadakan majlis sambutan Aidilfitri 2012. Oleh yang demikian, sambutan diadakan bersama-sama kakitangan PNK Muar pada 14 September 2012. Bagi pihak PNK Muar, kami mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang usia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan semoga apa jua yang dipohon dari Allah akan dimakbulkan. 









Thursday, September 13, 2012

Aidilfitri 2012

PNK Muar telah mengadakan Sambutan Aidilfitri 2012 pada 13 September 2012. Majlis diadakan serba sederhana namun dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Zulkhairi Ahmad berserta isteri dan anak lelaki beliau. PNK Muar mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian beliau sekeluarga yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada majlis tersebut.


Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran yang dihormati, Tuan Pengarah LKIM Negeri Johor, Encik Abdullah Ismail. PNK Muar merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan di atas kesudian pihak tuan untuk menghadirkan diri. Tidak lupa kepada Pengerusi PNK Batu Pahat dan isteri yang sudi bersama-sama memeriahkan majlis kami.

Bagi pihak PNK Muar, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir, yang menjayakan majlis ini secara lansung mahupun tidak.
















Friday, August 10, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA OLEH YG BERBAHAGIA DATO HJ ZULKHAIRI BIN AHMAD

Tradisi PNK Muar pada setiap tahun, menyumbangkan bantuan hari raya kepada beberapa nelayan yang telah dipilih oleh ketua-ketua pangkalan. Namun pada tahun ini, majlis diadakan sedikit berbeza di mana, majlis penyampaian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Hj Zulkhairi Ahmad, Biro Kebajikan dan Sosial UMNO Bahagian Muar.

Persatuan Nelayan Kawasan Muar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau untuk hadir ke majlis dan menyampaikan sumbangan kepada 51 orang nelayan. Bantuan tersebut merupakan barangan keperluan dan juga sumbangan berupa wang. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Dato yang sudi menambah jumlah sumbangan kewangan kepada nelayan yang layak. Semoga dengan keprihatinan Yang Berbahagia Dato akan membantu usaha PNK Muar untuk meningkatkan sosio-ekonomi nelayan di daerah Muar.